Tuesday, April 29, 2008

KEK KECIL


KEK kecil, kek comel, kek cute - apa saja nama diberikan - ia adalah kek bersaiz keci yang dibakar dalam bekas kertas kecil. Sewaktu kecil dulu, saya masih ingat orang memanggilnya kek permaisuri. Kenapa dipanggil begitu - janganlah tanya saya.
Apapun panggilannya kek kecil kini semakin mendapat perhatian ramai. Mungkin kerana saiznya yang comel, senang dimakan, cantik dan murah pula harganya.
Kek kecil kini dijadikan cenderahati pada majlis perkahwinan, dijadikan kek hantaran pertunangan, kek perkahwinan atau majlis hari jadi.
Membuat kek kecil pun tidak rumit - resepinya pula pelbagai.

No comments: