Showing posts with label CERITAKU. Show all posts
Showing posts with label CERITAKU. Show all posts

Saturday, June 7, 2008

GILA-GILA KEK CAWAN 2



KEK cawan dalam gambar ini memang menarik. Nampak gebu. Bunganya pun cantik. Kuntumannya memang menawan.
Kata orang tak tergamak nak makan kerana terlalu cantik.
Rasanya...entahlah. Kalau Kak Hawa, memang tak tergamak nak makan. Buat perhiasan aje. Tentu lebih berseri.
Memang betul, kek cawan ini bukan untuk dimakan, tetapi sekadar dijadikan hiasan.
Kenapa? Buat-buat tak tahu pula.
Kek cawan ini sebenarnya dibuat daripada kain stokin - bukan daripada tepung dan gula.
Memang gila betul otak orang yang cipta benda ini. Kreatif betul. Gila betul.
Sebenarnya, ia boleh menjadi ilham kepada peminat kek cawan. Coraknya yang menarik ini boleh dihasilkan untuk kek cawan sebenarnya.
Memang mudah, Kak Hawa dah mencubanya.
Anda bila lagi.

Saturday, May 24, 2008

GILA-GILA KEK CAWAN

KEK cawan memang popular di Barat. Kak Hawa masih ingat ketika tinggal di London, Britain sewaktu mengikut suami bertugas di sana. Kek cawan memang popular. Sarapan pagi dengan kek cawan, makan tengah pun ada kek cawan, minum petang tak usah cakap - pun makan kek cawan. Tak pelik jika pada waktu malam pun makan kek cawan.
Boleh dikatakan kek cawan ni menu biasa kepada orang Barat. Mungkin kerana mudah dibuat dengan banyak dan senang disimpan.
Orang putih ni memang gila sikit apabila tiba 'part' makan . Mereka ni kreatif kalau mencipta resepi baru. Sebab itulah agaknya, mereka dapat hasilkan beraneka jenis resepi.
Kalau kek cawan ni, tak usaha cakap. Ada beribu-ribu resepinya - daripada resepi konvensional seperti vanilla, coklat atau mentega - hinggalah yang eksotik.
Setakat kek cawan pelbagai jenis buah-buahan, perkara biasa. Mereka cipta resepi kek cawan perisa serai, kari dan lada pula. Kak Hawa tak pernah mencubanya, tetapi agaknya sedap bagi mereka.

Melihat gambar kek cawan yang comel ini, tentu ramai menyangka ia adalah kek cawan berperisa coklat semata-mata. Apabila dicuba baru tahu - hangatnya!
Inilah Mini Chili Chocolate Cupcakes.